Headlines

PERTANDINGAN BI SECARA ATAS TALIAN DI PERINGKAT KEBANGSAAN & ANTARABANGSA

Pada 9-11 Mei juga berlangsung, Pertandingan ESBee (English & Spelling Bee) secara dalam talian. Dan daripada 6 peserta Sri Aman, 2 orang telah berjaya mara ke peringkat separuh akhir. Dua orang murid tersebut Adalah:

  1. MEGHAN ANUSRI FRANCIS-2 BELIAN
  2. NATALIE LIAN HUI CHENG- 1 BELIAN

Pada 21/3/25 hingga 23/3/25, pertandingan Bahasa Inggeris bertajuk HIPPO ENGLISH WITHOUT BORDERS telah berlangsung secara dalam talian. Daripada 7 peserta yang mengambil bahagian di peringkat awal, 2 orang telah berjaya ke peringkat akhir. Dua peserta tersebut adalah:

  1. NITYASREE A/P DHANASILAN RAJ- 4 SAINS CENGAL
  2. KHAIRUNNISA BINTI KHAIRUL SYUKRI- 2 BELIAN

Pada 20 Jun 2025 yang lalu, seorang murid Sri Aman telah menyertai Public Speaking di peringkat Asia Grand Final of International Speech Festival dan telah memenangi tempat pertama dalam Public Speaking. Murid tersebut adalah:

  1. VINARYA SINNATAMBI – KELAS 1 BELIAN