Headlines

PENGETUA

Pengetua sekolah merupakan tonggak kepimpinan utama dalam sesebuah institusi pendidikan. Beliau bukan sekadar pentadbir yang mengurus hal-hal rasmi sekolah, malah berperanan sebagai pendidik, pembimbing, motivator, serta pencetus inspirasi kepada seluruh warga sekolah. Kejayaan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kepimpinan pengetuanya yang berwibawa, berintegriti, berilmu dan berjiwa pendidik sejati. Kepimpinan pertama sekolah diterajui oleh Jeanette Lim Leong Huan (1971-1972) yang mana merupakan individu yang sangat penting dalam mencorakkan langkah pertama dalam membentuk identiti sekolah. Logo sekolah, warna tema sekolah dan lagu sekolah telah dihasilkan dan menjadi asas kepada identiti sekolah yang diperlukan untuk orang luar lebih mengenali sekolah

Seorang pengetua biasanya memiliki pengalaman yang luas dalam dunia pendidikan. Bermula sebagai seorang guru di bilik darjah, menggalas tanggungjawab mendidik murid dengan sabar, akhirnya beliau diberi amanah untuk memimpin sebuah sekolah. Pengalaman panjang inilah yang menjadikan pengetua seorang tokoh yang arif tentang cabaran pendidikan, memahami kerenah murid, guru, ibu bapa, dan masyarakat. Maka, segala tindakan serta keputusan yang diambilnya berlandaskan kebijaksanaan dan pertimbangan yang teliti.

Akhirnya, dapat disimpulkan bahawa pengetua sekolah adalah nakhoda yang mengemudi bahtera pendidikan. Beliau bertanggungjawab memastikan arah perjalanan sekolah menuju destinasi kecemerlangan akademik, kokurikulum, sahsiah, dan perpaduan. Kepimpinan seorang pengetua yang berwawasan, berdedikasi, dan berjiwa rakyat mampu melahirkan generasi pelajar yang berkualiti, berdisiplin, serta berperanan besar dalam pembangunan negara.

Berikut, merupakan barisan pengetua yang telah menerajui tampuk kepimpinan sekolah sejak awal pembukaan sekolah sehingga kini.